Thursday, May 19, 2011

Perlukah saya bertukar ke TuneTalk

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua. Mengapa perlu bertukar ke TuneTalk
pada pemerhatian saya senarai telco terbaik dan popular di Malaysia menurut perkiraan saya seperti berikut:

1. Maxis Hotlink
2. Celcom Prepaid Xpac
3. Digi
4. UMobile
5. Happy
6. MYeCASH
7. Tunetalk

Dan mengikut perkiraan saya, berdasarkan cara TuneGroup (yang diketuai oleh Tony Fernandez) branding jenama tunetalk ini, mereka mula iklankan di TV tempatan, billboard di jejantas pusat bandaraya, radio Era dan Sinar, didalam penerbangan AirAsia, dan keberkesanan ToneExcel mempromosikan secara referal program, just mark my word, dalam tempoh 2 tahun atau kurang..... the list akan menjadi seperti ini:

1. Tunetalk
2. Maxis Hotlink
3. Celcom Prepaid Xpac
4. Digi
5. UMobile
6. Happy
7. MYeCASH

Sesiapa yang menjalankan referal program ini akan menangguk di air jernih segala keuntungan daripada iklan-iklan branding tersebut.

Kekuatan program ini terletak pada produknya, iaitu prepaid, dan ia merupakan satu keperluan kepada ramai orang. Lagi tinggi tahap keperluan produk tersebut, semakin tinggilah peluang untuk kita berjaya bersama kompany tersebut. Saya lihat macam jusmate5, baru2 ini, produk melangsingkan badan memang tinggi permintaannya walau pun jika tiada referal program, apatah lagi jika ada referal program, meletop lah dia.

Produk lain agak susah untuk dikembangkan kerana jika tahap keperluan sesuatu perniagaan itu rendah, maka mereka akan support dengan money games yang banyak dimanipulasi oleh marketing plan. Kalau ini berlaku, maka ia akan menjadi MLM yang biasa kita dengar. Yang mana orang benci dengar perkataan MLM itu sendiri. Sebab itu jika kita menyertai sesuatu MLM itu berdasarkan "Duit" atau "keuntungan", maka lama kelamaan downline akan benci kepada kita. Upline bersepah melarikan diri selepas dapat sponsor orang lain. Call mereka jangan harap mereka nak angkat.

MLM akan menjadi satu mata pencarian yang orang akan minati jika kita mengikut peraturan dibawah ini.

Sertailah bisnes MLM atau program online/offline, yang memenuhi syarat dibawah ini:


1. Produk atau service yang ditawarkan adalah KEPERLUAN kita.

2. Jika perlu maintain setiap bulan, pastikan kos tersebut memang jatuh didalam budget keperluan kita.

3. Kos penyertaan tidak membebankan anda.

4. Ramai orang yang memerlukan produk tersebut.

5. Service yang tidak membebankan kita.

Jika ia memenuhi ke lima lima perkara diatas, jangan tunggu lagi, sertai bisnez tersebut dan promote bersungguh-sungguh.

Saya berikan contoh disini, jika katakan ada seseorang menawarkan peluang perniagaan MLM, dan produknya adalah "beras siam wangi"

Jadi kita tanya soalan pertama pada diri sendiri, adakah beras siam tersebut keperluan keluarga kita, kalau jawapannya Ya, maka teruskan kesoalan kedua.

Berapa perlu maintain setiap bulan, jika orang tu jawab, kena maintin tiap2 bulan kena beli 3 beg yang berat 10kg, harganya RM30 satu beg. Kita pula tiap2 bulan hanya gunakan 1 beg 10kg je, maka sistem maintain ini telah terkeluar dari budget bulanan kita. JANGAN SERTAI BISNES INI. Jikalau tidak, jika anda masih nak sertai dan mula promote dekat orang lain, kita sebenarnya menggalakkan orang beli lebih 2 beg dan letak kat tepi dinding nak jadikan baja, kita galakkan orang membazir. Dan suatu hari nanti confirm orang akan benci kita sebagai upline dan orang benci MLM itu sendiri.

Saya dah tapis-tapis dan timbang-timbang, saya dapati tunetalk amat bersesuaian ketika ini. Jadi saya menggalakkan anda supaya sertailah perniagaan sempoibisnes. ini, ia mempunyai peluang yang amat cerah di masa akan datang.


1. Produk atau service yang ditawarkan adalah KEPERLUAN kita.
Prepaid atau telephone, memang menjadi keperluan kita. Kalau anda tidak memakai apa2 phone atau tidak mengenali apa itu handphone, JANGAN sertai bisnes ini. Nanti ia menjadi beban kepada anda.

2. Jika perlu maintain setiap bulan, pastikan kos tersebut memang jatuh didalam budget keperluan kita.
Maintain dalam tunetalk utk menyertai referal program ini adalah RM40. Jika anda menggunakan phone dan membayar bil atau membeli prepaid kurang daripada RM40, JANGAN sertai bisnes ini, nanti ia akan menjadi beban kepada anda.

3. Kos penyertaan tidak membebankan anda.
Beli simkad tunetalk-toneExcel RM80 (Air time atau kredit RM30) jadi nilai membeli simkad tersebut adalah RM50, jika anda merasakan beban untuk mengeluarkan RM50 bagi memulakan perniagaan dengan kompani sebesar AirAsia, JANGAN sertai bisnes ini, nanti ia akan menjadi beban kepada anda.

4. Ramai orang yang memerlukan produk tersebut.
20 juta pengguna prepaid/postpaid dinegara kita yang berdaftar di kesemua telco, kalau kita anggarkan hanya lebih kurang 10,000 pengguna prepaid di seluruh Malaysia, Jangan sertai bisnes ini, anda pasti mengalami kesukaran untuk mengembangkan perniagaan anda nanti.

5. Service yang tidak membebankan kita.
Jika orang nak top-up pun mereka tak perlu mengganggu kita, jadi ia tidak membebankan kita. Kalau membebankan cari bisnes lain.

Jadikan sempoibisnes ini sebagai medan untuk kita belajar mengenai dunia internet marketing.

Semoga anda tidak tersalah pilih bisnes online, takut nanti pendapatan sampingan tak dapat, beban sahaja yang dapat, beban nak maintain setiap bulan lagi, modal awal tak balik lagi. Dah puas cari orang yang nak tanggung beban kita tak jumpa2 juga, kesudahnya tiada downline sampai bila2, dan orang pun benci nak jumpa kita, takut kena sponsor. Sapa nak tanggung beban kita. Itulah MLM dari kaca mata orang ramai.

Terima Kasih
AzizBaai
0192261965

No comments:

Post a Comment

Read more: http://epg-studio.blogspot.com/2009/06/widget-pengatur-halaman-untuk-kembali.html#ixzz1O0f51U2W