Friday, April 29, 2011

Kekalkan Nombor Lama Anda


Tips untuk mengekalkan nombor lama.
Cara ini boleh dilakukan terus sekiranya anda sudah:

i.                    Menghabiskan dahulu kredit yang ada pada simkad lama itu.
ii.                  Anda sudah memindahkan nombor telefon yang anda save
      di dalam simkad itu ke dalam telefon bimbit anda.

Proses ini boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai, mungkin
selepas sehari, dua hari, seminggu, sebulan, selepas anda
menghabiskan kredit yang ada dan memindahkan nombor
telefon dari simkad tersebut ke telefon anda.

Caranya:

Login semula ke website ini
SMS <dealer kod> ke no tel  0122856223  untuk mendapatkan
dealer code dan passwordnya.

Klik di "SERVICE"
Klik di "Mobile Number Port-In"
Dan isikan semua data yang dikehendaki (bertanda asterix *)

Panduan proses tukar service provider baru, iaitu
Tune Talk  dan  kekalkan nombor lama anda:


Maklumat penting:

Sila pastikan maklumat nombor IC, nama dan
alamat yang anda masukkan adalah sama seperti
yang di daftarkan di service provider asal, samada
di CELCOM, DIGI, MAXIS atau lainnya.

SIMKad Tone Excel-Tune Talk anda mestilah telah
di aktifkan dan di daftarkan dengan nombor IC,
nama dan alamat yang sama dengan nombor
telefon bimbit dari service provider asal, samada
CELCOM, DIGI, MAXIS atau lainnya.

Peringatan: Jika anda menggunakan no hp anda
ini sebagai no hp yang menerima TAC untuk
kegunaan ebanking seperti maybank2u, cimb-click,
dll, jangan PORT IN, jangan lakukan proses ini,
kerana setakat ini, pihak Tunetalk masih berurusan
dengan pihak bank untuk membenarkan no port in
tunetalk sebagai salah satu telco yang boleh menerima
TAC number.

1. Your current service provider:
Pilih servis yang di guna sekarang, contohnya, CELCOM, DIGI,
MAXIS atau lain-lain









2.  Name (as per ID): 
Isikan nama seperti dalam Kad Pengenalan Baru (NRIC),
Kad Pengenalan Lama (Old IC), Passport, Kad Pengenalan
Polis (Police IC) atau Kad Pengenalan Tentera (Army IC)



3.  New NRIC/ Old IC/Passport/ Police/Army IC No
Pilih salah satu







4.  Mobile Number(s): 






Di ruangan SIM:, isikan ruang atau kotak kosong dengan
8 digit atau angka terakhir yang terdapat di SIMKad anda.
Biarkan nombor yang siap tertera seperti di atas.

Di ruangan Mobile No: adalah no hp lama yang anda guna,
seperti no maxis, atau digi atau celcom.

5.  Alternate Contact Number:
Isikan nombor telefon yang boleh di hubungi selain dari
nombor Tune Talk dan nombor yang hendak di kekalkan.
Boleh guna nombor penaja juga, jika anda adalah penaja
yang sedang bantu proses ini.

6.  Address:
Isikan alamat pos atau tempat tinggal anda.

Selepas selesai mengisi data-data seperti diatas sila klik SAVE
Seperti yang saya tunjukkan di gambar rajah dibawah ini


















Anda akan dapat skrin menunjukkan sudah berjaya Save.
Anda hanya perlu pastikan 8 digit atau 8 angka terakhir
dari SIMKad anda di isikan betul sahaja.

Contoh:





Setelah itu, teruskan dengan klik  Send Port In Request.

Button Send Port-In Request hanya akan kelihatan setelah
klik Save dan dapat output seperti di atas.

Klik button seperti ini untuk selesai proses: 





Setelah selesai, sila beri masa sehingga 24 jam untuk
proses menukar pengendali servis dari yang lama kepada
Tune Talk.

Sila terus gunakan SIMKad lama sehingga mendapat
mesej yang memberitahu SIMKad anda sudah tidak aktif.
Ketika itu, sila keluarkan SIMKad lama dan masukkan
SIMKad Tone Excel (Tune Talk).

Contohnya jika anda menggunakan maxis prepaid, 
teruskan guna maxis prepaid, biasanya dia mengambil
masa 24 jam untuk aktifkan nombor baru (nombor lama anda).
Jadi guna maxis prepaid tersebut hingga tidak boleh guna lagi,
dan masa itu boleh tukar ke SIMKad Tone Excel.

Selesai Pertukaran operator dari syarikat lain ke Tune Talk.
Bila anda ingin top-up di kedai-kedai, sekarang anda perlu
minta topup Tune Talk.

Selesai Proses Pertukaran

WOW! Tone Excel - Tune Talk Affiliate Referral Program
Kini anda di bayar menggunakan prepaid!


No comments:

Post a Comment

Read more: http://epg-studio.blogspot.com/2009/06/widget-pengatur-halaman-untuk-kembali.html#ixzz1O0f51U2W